Coretan Permulaan
CORETAN KISAHKU
Dulu,
Aku hanyalah seorang insan biasa,
Sama macam kebanyakan orang di dunia ini,
Nak ada duit banyak,
Nak berkereta besar dan mewah,
Mempunyai rumah yang besar dan cantik,
Kalau boleh nak kan segala galanya di dunia ini,
Dulu,
Aku tak tahu erti sebenar hidupku,
Tak tahu makna hakiki hidup di dunia ini,
Memahami sesuatu perkara berdasarkan kepada materialistik sahaja,
Yang aku tahu,
Waktu aku bersekolah dahulu,
Cikgu tanya "bila besar nak jadi ape?"
Aku pon cakap "Saya nak jadi jurutera, sebab gaji besar, cikgu"
Cikgu pon cakap"Bagus...ada cita cita yang tinggi untuk masa depan awak"
Dulu,
Aku seperti lalang,
Tiada pendirian langsung,
Mengikut arus kebanyakan orang,
Yang juga seperti aku,
Tiada hala tuju yang sebenar,
Itulah HAKIKAT aku suatu ketika dahulu,
Sekarang,
Baru ku sedar,
Semua benda yang kuimpikan dahulu,
Pada dunia ini,
Tiada makna,
Tiada apa apa,
kosong,
Sekarang,
Baru ku tahu,
Erti sebenar HIDUP,
Bukanlah hidup di dunia ini,
Untuk berfoya foya, bersenang lenang,
Dengan kenikmatan dunia,
Bukanlah hidup di dunia ini,
Untuk bergelak tawa sahaja,
Bersuka ria sampai tak ingat dunia,
Berhibur sampai tak kenal halal dan haram,
Tetapi,
Hidup di dunia ini,
Ada MISI yang mesti dilakukan,
Misi ini sama ada menang ataupun mati syahid,
Menegakkan kalimah Allah di dunia ini,
Inilah yang telah dilakukan oleh Rasulullah,
Para Sahabat, Tabiin, dan Tabi' Tabiin,
Para mujtahid dan Para ulama',
Para Dai'e dan Dai'eyah
Dari dulu hinggalah ke hari ini,
Ini bukanlah sekadar coretan kosong,
Tetapi,
Sebuah coretan yang ingin dikongsikan,
Bersama sama,
Comments
Post a Comment