Posts

Showing posts from 2011

Coretan Permulaan

Image
CORETAN KISAHKU Dulu, Aku hanyalah seorang insan biasa, Sama macam kebanyakan orang di dunia ini, Nak ada duit banyak, Nak berkereta besar dan mewah, Mempunyai rumah yang besar dan cantik, Kalau boleh nak kan segala galanya di dunia ini, Dulu, Aku tak tahu erti sebenar hidupku, Tak tahu makna hakiki hidup di dunia ini, Memahami sesuatu perkara berdasarkan kepada materialistik sahaja, Yang aku tahu, Waktu aku bersekolah dahulu, Cikgu tanya "bila besar nak jadi ape?" Aku pon cakap "Saya nak jadi jurutera, sebab gaji besar, cikgu" Cikgu pon cakap"Bagus...ada cita cita yang tinggi untuk masa depan awak" Dulu, Aku seperti lalang, Tiada pendirian langsung, Mengikut arus kebanyakan orang, Yang juga seperti aku, Tiada hala tuju yang sebenar, Itulah HAKIKAT aku suatu ketika dahulu, Sekarang, Baru ku sedar, Semua benda yang kuimpikan dahulu, Pada dunia ini, Tiada makna, Tiada apa apa, kosong, Sekarang, Baru ku tahu, E...

Muqaddimah - Tinta Pengarang

السلام عليكم اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين Assalamulaikum,,, Waalaikumussalam... Dua kalimah yang diajarkan kepada kita, umat Muhamad SAW apabila kita berjumpa, terserempak atau apa perkara pun yang mempertemukan antara umat Nabi Muhamad SAW. Salam dalam ISLAM bukan hanya sekadar kata sapaan sebagaimana umumnya kata sapaan lainnya. Namun di dalamnya terkandung doa bagi yang melakukannya. Doa yang diberkati dan diredhoi di sisi Allah SWT.   Allah SWT berfirman : "Dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh, Allah memperhitungkan segala sesuatu." (An-Nisa : 86) "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu, sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya." (QS. An-Nur : 27) "Maka apabila kamu memasuki rumah-rumah maka hendaklah kamu member...